INDERA DAN INDERANILA
INDERA DAN INDERANILA
Apatah musuh apatah utusan
Anak muda yang candang arif jauhari
Ada datang alamat berasa kemasyghulan
Bunga kayangan berkandilkan bulan berjauh hati
Bermain muda pendekar dan srikandi
Bersahabat dan berkasih-kasihan
Berkembanglah rasa hatinya bersama cintamani
Enoni bujangga menyimpul cindai ditudungi tentampan
Puteri kayangan membawa limbai mahu melipurkan hati
Pendekar mengarang marsum dan bingkis keriangan
Merpati sejoli muda wangsa
Sangatlah berpatutan rupanya indera
Inderanila terlalu elok menjelis
Tatkala sampai berulam mara sejoli terbang tempat genta bersandingan
Terdirilah panji-panji Adika berkibar
Menghadap orang bersuap-suapan
Sejoli bertakhta sejodoh bagai cincin
(Marsiling, 15.03.03, 1200hrs)