Archive for May, 2005

Kawan

Friday, May 13th, 2005

Haizzz. Aku selalu duduk berfikir sama ada aku akan dipergunakan selama 4 tahun di NIE. Aku berpendapat bahawa jika, aku dapat meraih sesuatu daripada pertalian dan tidak ada pihak yang rugi, maka ia satu keadaan aku menang dia menang.

Aku sentiasa menjaga belakang mereka yang ku aturkan dalam kategori ‘members’ tanpa berbelah bagi. Asalkan mereka dalam keadaan cemas atau sekadar perlu dibantu, aku akan mengatur langkah demi membela mereka.

Malangnya, mereka sentiasa lupa. Mereka lebih mementingkan diri sendiri setelah mengecap kejayaan melalui pembelaanku. Bak pepatah, habis manis, sepah dibuang. Aku tidak akan rugi dalam hal ini, hanya berasa kecewa. Aku yang berjuang untuk mereka hanya disisihkan kemudian. Adakah aku merungut? Adakah aku mengungkit? Tidak sama sekali. Hanya mengingatkan diriku bahawa anjing yang dibela akan menggigit tangan tuan. Jika berlaku demikian, akan ku tendang mukanya sejauh mungkin. Biarkan mereka tempang.

Kita tetap berjuang dan terus berjuang. Namun demikian, kita tetap mencuba. Walaupun kita dengaja dilupakan.