Akhir dan Permulaan
Yoze! Akhirnya aku telah menduduki kertas peperiksaan sastera TAF 202, pada hari Khamis yang lepas dengan selamat. Semoga aku berjaya dan menerima Sehelai Diploma yang telah aku nantikan selama 4 tahun. Aku gembira sesudah pensyarah memungut kertas peperiksaan. Namun demikian, keriangan itu hanya beberapa saat sahaja kerana detik permulaan yang penuh cabaran akan berlangsung tidak lama lagi. Mulalah juga perjuangan aku yang sebenar di persada pendidikan tunas bangsa, insya-Allah