30.04.05
Mungkin rezeki datang melimpah. Namun demikian, aku perlu berusaha setiap masa demi membajak sawah dan menuai padi. Setiap doa perlu dialaskan dengan titik peluh, barulah padi menguning.
Aku lihat, anggota-anggota PGBM begitu baik budinya. Mungkin dari pandangan kasar tetapi aku percaya bahawa mereka semulajadinya begitu. Lagipun, mereka merupakan guru-gur Bahasa Melayu kita. Merekalah contoh dan merekalah juga pembimbing.
Kedatangan JKK ASAS 50 pada semalam hari baik. 12 anggota yang hadir. Semoga kedatangan JKK penuh setiap masa di lain-lain mesyuarat. Semoga kami bersatu-padu dan bersependapat dalam perlaksanaan projek-projek dan juga tugas masing-masing. Janganlah kita mengangkat pepatah indah khabar dari rupa dan bercakap tidak serupa buat. Nyahkanlah sikap negatif itu dari prinsip masing-masing. Kita berjuang untuk bangsa yang masih keteledoran dan memegang hiburan sebagai haluan hidup seharian. Mari kita berganding tangan untuk menyentap minda mereka dengan nilai-nilai hidup positif berlandaskan agama Islam.
Amin.