30.04.05
Saturday, April 30th, 2005Mungkin rezeki datang melimpah. Namun demikian, aku perlu berusaha setiap masa demi membajak sawah dan menuai padi. Setiap doa perlu dialaskan dengan titik peluh, barulah padi menguning.
Aku lihat, anggota-anggota PGBM begitu baik budinya. Mungkin dari pandangan kasar tetapi aku percaya bahawa mereka semulajadinya begitu. Lagipun, mereka merupakan guru-gur Bahasa Melayu kita. Merekalah contoh dan merekalah juga pembimbing.
Kedatangan JKK ASAS 50 pada semalam hari baik. 12 anggota yang hadir. Semoga kedatangan JKK penuh setiap masa di lain-lain mesyuarat. Semoga kami bersatu-padu dan bersependapat dalam perlaksanaan projek-projek dan juga tugas masing-masing. Janganlah kita mengangkat pepatah indah khabar dari rupa dan bercakap tidak serupa buat. Nyahkanlah sikap negatif itu dari prinsip masing-masing. Kita berjuang untuk bangsa yang masih keteledoran dan memegang hiburan sebagai haluan hidup seharian. Mari kita berganding tangan untuk menyentap minda mereka dengan nilai-nilai hidup positif berlandaskan agama Islam.
Amin.